Pengikut Blog

Tuesday, December 8, 2009

Lukisan Terbaru



Ini la seninya Hariz....dekat dinding dapur di rumah pun jadi media untuk Hariz melukis. Merakamkan lukisan sebuah rumah sebagai hasilan lukisan.

Saturday, December 5, 2009

Melukis menggunakan komputer - program paint



Hariz juga mampu melukis menggunakan komputer menerusi program paint. Kemampuan mengawal mouse dikuasai sejak berumur 6 tahun. Memegang mouse dengan tangan kidal.

Lukisan terbaru






Lukisan berwarna yang dihasilkan menggunakan warna krayon.

Wednesday, December 2, 2009

Lagi Koleksi Lukisan Hariz...








Semua lukisan ini merupakan koleksi lukisan Hariz yang terbaru. Kesemua lukisan ini dihasilkan dalam masa seminggu. Keseluruhan masa Hariz dihabiskan dengan melukis. Inilah hasilan seni yang dapat dikumpulkan.

Tuesday, December 1, 2009

Lukisan Hariz lagi...






Ini satu lagi koleksi lukisan Hariz. Kesemua lukisan ini adalah lakaran imeginasi sendiri tanpa sebarang bimbingan sesiapa. Penghayatan mendalam dalam sesuatu benda yang dilihat atau diminati akan dihasilkan melalui lakaran seni. Penghayatan ini diluahkan melalui lakaran yang teliti dalam hasil lukisannya. Itulah kelebihan Hariz murid OKU yang berusia 7 tahun.

Saturday, November 28, 2009

Pengenalan Diri Hariz....



Inilah kad OKU yang dimiliki oleh Hariz Ihsan. Seorang autisme yang dianugerahkan Ilahi kelebihan melukis secara garisan lakaran menggunakan pen berdakwat kering.

Hariz dan Sambutan Raya Puasa 2009



Hariz dalam majlis sambutan Hari Raya Puasa yang diadakan di sekolahnya iaitu SK Seberang Jaya. Di situlah Hariz bersekolah. SK Seberang Jaya Persiaran Siakap mempunyai sekolah pemulihan khas.

Video Hariz



Selain gemar melukis, Hariz juga suka bermain dengan LEGO. Kemampuannya menghasilkan bentuk menarik adalah satu kelebihan. Melalui video ini Hariz menghasilkan bentuk kapal layar. Saksikan video ini.......

Seni Lukisan garisan oleh Hariz









Lakaran ini dihasilkan oleh Hariz menggunakan pen berdakwat kering.

Lukisan oleh Hariz

Lukisan oleh Hariz....





Inilah hasil lukisan Hariz. Cukup minat melukis dan teliti dalam hasilan lukisannya.

Saturday, October 31, 2009

gambar hariz




Kesemua ciri-ciri di bawah dimiliki oleh Hariz Ihsan.

* Tak mampu menjalin interaksi sosial yang cukup memadai
kontak mata sangat kurang, ekspresi muka kurang hidup, gerak geri kurang
tertuju
* Tidak boleh bermain dengan teman sebaya
* Tidak ada empati (tak dapat merasakan apa yang dirasakan orang lain)
* Kurang mampu mengadakan hubungan sosial dan emosional yang timbal balik

tentang hariz



muhammad hariz ihsan seorang pelajar tahun satu yang hobby melukis setiap hari.
tak banyak bercakap tumpuan hanya pada lukisannya sahaja. tidak suka diarah atau ditunjuk ajar kerana dia mempunyai imiginasi yang tersendiri.
untuk melihat hasil karya hariz tunggu posting akan datang.

translate to english :-

muhammad hariz courtesy of a student in a hobby that draws every day.
not much to speak only focus only on the drawings. directed or do not like teaching because he has shown imiginasi of its own.
to view works hariz wait posting will come.
Related Posts with Thumbnails